Bagi yang baru nak mula tu tak perlu la terus beli gitar yang mahal-mahal. Beli yang sederhana harganya dan berkualiti pon dah ok la.. asal cukup sifat.. haha..
Sebab tu la kita perlu jugak kenal alat muzik gitar ni...

Sebelum nak memilih gitar, kita kenalah tahu jenis muzik yang kita nak main. Kalau rock, boleh la terus beli gitar yang ada 21 fretboard dan ke atas atau pon gitar elektrik. Tapi, saya nasihatkan bagi yang beginner supaya guna la gitar akustik.. kalau dah mahir, barulah gitar elektrik.
Bahagian yang perlu kita periksa sebelum kita beli gitar..
- Tak ada bunyi sumbang setiap kali fretboard ditekan.
- Tuner tak terlalu ketat atau longgar.
- Sambungan neck dengan body kukuh
- Tiada sebarang kecacatan atau retak
Kebanyakkan mereka yang baru belajar ni putus asa nak main gitar sebab jari sakit.. untuk pengetahuan, tali gitar akustik memang keras kalau nak dibandingkan dengan tali gitar elektrik. So, jalan penyelesaiannye.. tukar la tali gitar akustik dengan tali gitar elektrik. Baru la semangat sikit nak main gitar tu..haha..
Tali gitar elektrik tu boleh dapat kat tokei kedai gitar tu.. Kurang la sikit beban jari tu..
Jika kita rasa tak selesa bila bermain gitar terutama sekali apabila hendak memainkan kord F major, kita boleh tengok jarak antara tali gitar dengan fret gitar yang pertama iaitu selepas nut. Kalau jaraknya terlalu jauh.. kita boleh rapatkannya dengan cara kikis tapak nut tu.. Nak kikis tu kena la hati-hati.. jangan terlalu nipis, takut tali terus jejak di fret. Tapi kalau da benda nak jadi.. kita bole tinggikan semula dengan cara kita sendal dengan kertas..ha..
Kalau nak bermain gitar tu main lah.. tapi kita kenalah ada usaha.. tak ada sape yang boleh tolong kita berjaya melainkan usaha diri kita sendiri. Menjiwai genre muzik juga menjadi faktor penting untuk bermain gitar dengan lebih baik. Modifikasi gitar tak salah kalau nak dibandingkan dengan modifikasi motor yang bakal disaman dengan abang polis. Ianya untuk keselesaan pemilik gitar jugak. Kita belajar main gitar pon ada peringkat-peringkatnye. Lepas belajar strumming, belajar plucking, sweeping. Jadi, belajar lah bermain gitar dengan sungguh-sungguh kerana ianya merupakan ilmu yang istimewa yang tak semua orang ada.